top of page
muinsapidin

7,322 Terima Bantuan Program Jelajah Sempena Ramadan

IPOH - Seramai 7,322 individu kurang kemampuan akan menerima bantuan dari program Jelajah Turun Padang Bantu Rakyat bersempena Ramadhan 2016 anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, bantuan itu merupakan progam tradisi UMNO yang diilhamkan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut beliau, program itu yang dilaksanakan setiap tahun bertujuan membantu mereka yang kurang kemampuan di setiap daerah yang dikelola oleh Ibu Pejabat UMNO.

“Ini membukti UMNO tidak seperti yang didakwa orang kononnya tidak melakukan kerja-kerja kebajikan, malah kita terkejar-kejar melakukan kebajikan dan mengharapkan ianya diredhai oleh Allah,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan itu kepada 24 UMNO Bahagian dan Anak Yatim di Bangunan UMNO Perak pada Selasa.

Katanya, bantuan itu akan diagihkan bagi membantu kumpulan lain termasuklah anak yatim daripada 12 kumpulan berbeza, ibu tunggal, pesakit kronik, bekas perajurit, warga miskin serta beberapa kumpulan memerlukan yang lain.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah kerana memilih Perak sebagai negeri pertama menerima bantuan ini.

“Diharapkan kita semua dapat mengunakan kesempatan ini untuk melaksankan amalan baik demi perjuangan kita semua,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri telah melancarkan jelajah terdiri daripada 40 kenderaan itu kira-kira jam 12.30 tengahari Selasa di pekarangan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Seramai 130 peserta terdiri daripada Skuad Sayang Wanita UMNO, Pemuda serta Puteri UMNO dan sukarelawan Briged Bantuan Bencana Biro Kebajikan UMNO menyertai jelajah yang bermula hari ini hingga Sabtu.


10 views0 comments
bottom of page