top of page
muinsapidin

Jangan Polemikkan Edah Mastura - Nizar

IPOH - Semua pihak, khususnya dari parti pembangkang tidak harus menjadikan edah calon Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai satu polimek.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, pucuk pimpinan UMNO dan BN sedia maklum dan memahami perkara itu.

Malah, kata beliau, Mastura sendiri memahami segala keterbatasan tersebut dan akan mematuhi kehendak hukum syarak itu.

"Jangan dipolimekkanlah perkara-perkara seumpama ini kerana hendak memburukkan lagi keadaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program peningkatan tahap akademik guru KAFA 2016 di INTIM di sini pada Isnin.

Drs Nizar berkata, PAS sendiri suatu ketika dahulu pernah berkata meletakkan calon wanita adalah haram.

"Hukum tetap hukum, jangan kita polimekkan dan saya yakin dan percaya calon, Datin Mastura telah mempunyai gambaran dan akan mematuhi tempoh yang telah ditetapkan.

"Janganlah dipolimekkan sampai ke tahap begitu, kita umat Islam, kita tahu batas-batas atau had-had untuk dipatuhi," ujarnya.

Beliau menjelaskan demikian sebagai mengulas tindakan pihak pembangkang yang menggunakan tempoh edah Mastura sebagai salah satu isu kempen.

Dalam pada itu, Drs Nizar menasihatkan semua pihak supaya menghormati bulan Ramadan ketika berkempen.

"Saya minta semua pihak dapat menjaga kesucian bulan Ramadan, janganlah sampai terlalu berlebih-lebihan, melakukan fitnah dan perkara-perkara yang dilarang," kata beliau.


7 views0 comments
bottom of page