top of page
muinsapidin

Usah Salah Anggap Bantuan Ketika PRK

KUALA KANGSAR - Usah buat tanggapan bantuan yang disalurkan hanyalah semata-mata untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana usaha kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya (YBU) berjalan sepanjang tahun, kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan baik pulih rumah sempena Program Pemuda Prihatin Kg. Talang Dusun Kuala Kangsar pada Ahad.

Hadir sama, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun, ADUN Manong, Mohamed Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman. "Kami di barisan Pemuda dan juga kerjasama daripada YBU hadir ke sini untuk bertemu sendiri dengan penerima bantuan baikpulih rumah. "Mungkin ada yang akan berkata-kata bahawa kita hanya bantu di masa PRK sahaja, namun bagi saya bantuan yang diberi khususnya dari YBU berterusan tidak kira masa," kata Khairy. Sebanyak RM 5,000 diperuntukkan kepada setiap penerima di dua buah DUN di dalam Parlimen Kuala Kangsar iaitu Chandan dan Manong di mana empat orang layak menerima bantuan tersebut. Dalam pada itu salah seorang penerima, Nazmin Mohamad Sidek memberitahu, dia sama sekali tidak menyangka dapat bertemu sendiri dengan Khairy dan barisan Pemuda menerusi program itu. "Alhamdulillah bantuan baikpulih yang saya dapat ini akan meringankan sedikit beban kami sekeluarga memandangkan keadaan rumah yang agak usang. "Besar maknanya buat saya dan juga ibu, kalau arwah ayah masih hidup saya pasti dia juga akan gembira lebih-lebih lagi dengan kunjungan yang kami terima hari ini," katanya.

Attachments area


5 views0 comments
bottom of page