PEMIMPIN di China mahu meluaskan pasarannya kepada seluruh dunia dengan membuka ekonominya kepada semua, tetapi China masih lagi menggunakan undang-undang ketat ke atas teknologi dan akses kepada media.
Berikut adalah 5 jenis akses yang masih dilarang di China.
Gambar Hiasan
1. Instagram
Penggunaan laman foto popular ini dilarang selepas penunjuk perasaan pro-demokrasi mengadakan protest di Hong Kong pada 2014. Sebeb sebenar ia dilarang tidak diketahui dan tiada mana-mana lokasi di China mampu menggunakan khidmat Instagram.
2. Twitter
China melarang penggunaan Twitter kerana mempercayai Twitter merupakan antara laman sosial yang memainkan peranan penting ketika 'Arab Spring' dan Green Revolution di Iran pada 2009.
Walaupun begitu, terdapat beberapa esekutif warganegara China berkhidmat di Twitter untuk menarik keuntungan dari segi pengiklanan di Twitter.
3. Google
Google cuba 'melawan' censor yang digunakan oleh China terhadap perkhidmatannya, dan Gmail dan Youtube merupakan antara perkhidmatan Google yang paling dilarang.
Namun, pelayar yang masih 'degil' boleh mendapatkan akses Google, Gmail dan Youtube menggunan Virtual Private Network (VPN).
4. Facebook
Laman sosial paling popular di dunia ini mula diharamkan di China pada 2009. Kerajaan China juga tidak berminat untuk membuka akses Facebook kepada pelayarnya pada masa akan datang.
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sendiri sudah melawat China dan presidennya, Xi Jinping namun Beijing masih tidak berganjak dari keputusannya.
5. Snapchat
Laman web micro-blogging ini diharamkan supaya laman web-microblogging milik China, mampu memikat rakyatnya sendiri.