top of page
muinsapidin

BN Guna Pendekatan Lebih Berhemah

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak akan mengguna pendekatan lebih berhemah dan tidak keterlaluan dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, BN akan terus memberi fokus utama terhadap gerak kerja dan tidak akan memberi ruang kepada perkara yang remeh.

"Apa yang penting BN akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan disiplin gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon BN,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa.

Dr Zambry berkata, BN akan memberikan gerak kerja yang sama ketika menghadapi PRK Teluk Intan pada tahun 2014 dan mungkin terdapat terdapat sedikit kelainan.

Menurut beliau, memandangkan PRK pada kali ini diadakan pada bulan Ramadan, pendekatan yang diamalkan oleh BN tentunya lebih berhemah.

"Rakyat tidak suka mendengar cacian atau fitnah yang dilemparkan dan sememangnya, pendekatan yang diambil oleh BN, kita tidak akan lakukan perkara yang sedemikian.

"Saya telah meminta kepada semua jentera kita supaya mengelakkan bermain pendekatan ala pembangkang ini dan lebih baik kita gunakan pendekatan bagaimana kita boleh menjadi pilihan yang baik kepada rakyat,” ujarnya.

Dr Zambry berkata, BN akan melihat perkara-perkara yang telah disusun oleh Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bagi Parlimen Kuala Kangsar.


37 views0 comments
bottom of page