top of page
muinsapidin

'Aina Tetap Dapat Tangan Palsu, Saya Sudah Janji'

TAIPING - Janji untuk memberi tangan palsu 3D kepada Aina Amanda Shahzali, 8, yang menjadi viral tahun lalu akibat diejek oleh rakan sekolah kerana tidak mempunyai tangan tetap akan dilunaskan.

Pereka tangan palsu 3D, Sujana Mohd Rejab berkata, tidak timbul isu tidak menepati janji atau mengunakan kanak-kanak itu sebagai publisiti seperti dibangkitkan oleh keluarga Aina baru-baru ini di laman sosial Facebook.

“Saya anggap ini semua hanya salah faham sahaja, saya tidak berkecil hati atau apa pun, janji itu tetap akan saya lunaskan,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran penyerahan tangan 3D pertama di Taiping Mall di sini pada Selasa.

Menurut beliau, pemberian tangan palsu itu merupakan projek peribadinya dan tidak melibatkan Projek 20 Tangan 3D yang dibuat bersama Kolej Komuniti Taiping.

Kata beliau, pihaknya telah pun merancang untuk memulakan pembuatan tangan palsu 3D untuk Aina sebaik Projek 20 Tangan 3D itu selesai pada Oktober ini.

Jelas beliau lagi, salah faham itu timbul selepas terdapat beberapa pihak menyalah anggap Aina terdiri daripada 20 individu yang terpilih di dalam program berkenaan.

“Ianya projek peribadi saya yang mana ada lagi extra lima tangan yang tidak ada dalam senarai ini termasuk Aina.

“Insyaallah selepa habis pemberian tangan 20 ini, kita akan bagi juga pada dia sebab saya pernah berjanji,” ujarnya.

Dalam majlis itu, Amirul Nur Rayyan Amirul Faiz, 6, berasal daripada Perai, Pulau Penang menjadi kanak-kanak pertama menerima tangan palsu 3D itu.

Projek itu merupakan adalah salah satu daripada projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kolej Komuniti Taiping dan Sujana.

Baru-baru ini dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook, keluarga Aina mengeluarkan kesesalan dengan sikap pihak-pihak tertentu yang mendakwa tidak menepati janji dan menggunakan Aina sebagai bahan publisiti.


35 views0 comments
bottom of page