top of page
muinsapidin

PRK: Calon Tempatan Kriteria Utama

KUALA KANGSAR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kriteria utama dalam pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, mestilah di kalangan calon tempatan.

Beliau berpendapat, sekiranya Barisan Nasional (BN) meletakkan orang luar sebagai calon, ia akan menjadi isu, lebih-lebih lagi jika pembangkang meletakkan calon tempatan.

Menurut beliau, calon payung terjun yang pernah diamalkan BN dahulu, tidak lagi sesuai dengan suasan politik sekarang.

Ujarnya, rakyat sudah semakin bijak dan tidak memilih wakil mereka hanya berdasarkan kepada parti, sebaliknya mereka akan memilih berdasarkan kriteria calon itu sendiri.

“Rakyat sekarang ini nampaknya, dia tidak akan makan lagi dengan kata-kata negatif terhadap mana-mana calon, mereka tidak kira parti mana tetapi mereka melihat calon itu sendiri.

“Jika mereka calon itu, parti mana yang diwakili, itu tidak penting dah, tapi calon tu mesti disukai dan disayangi oleh pengundi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutup seminar Keusahawan 2016 Gerakan Belia 4B Kawasan Padang Rengas di sini pada Sabtu.

Nazri memberi contoh apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum lalu di United Kingdom yang menyaksikan parti Konservatif menang walaupun ramai yang meramalkan parti Labour akan menang.

“Semua orang kata Labour menang berdasarkan kepada manifesto dia tetapi akhirnya Konservatif menang kerana pengundi suka kepada wakil rakyat parti itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nazri berkata, walaupun berlaku perbalahan di kalangan pembangkang berhubung calon di kedua-dua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, jentera BN perlu fokus dan bekerja keras untuk mempastikan kemenangan calon mereka.


16 views0 comments
bottom of page