top of page
muinsapidin

Peruntukan RM150,000 Untuk Masjid Nibong Hangus

BAGAN SERAI - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi kemudahan infrastruktur Masjid Nibong Hangus, Kuala Kurau.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, peruntukan itu adalah bagi penyediaan tandas baru, pembinaan pagar batu dan pengubahsuaian siling masjid.

Katanya, peruntukan itu juga membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan semua masjid di Perak sentiasa berada dalam keadaan baik, sama ada dari segi kebersihan dan juga kemudahan infra untuk keselesaan jemaah.

``Saya harap pihak Jawatankuasa Masjid Nibong Hangus dapat memastikan masjid ini sentiasa dijaga dengan sebaik-baiknya,’’ katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak di masjid berkenaan pada Khamis.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat dan Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak, Haji Mohd Zahir Nagor.

Pada program itu, Dr Zambry turut menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan asas kepada 40 penerima bantuan yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan anak yatim sumbangan TNB.

Pada majlis itu pihak TNB Perak turut menyumbang tiga unit alat penghawa dingin kepada masjid berkenaan.


23 views0 comments
bottom of page