top of page
muinsapidin

Perak Negeri Pertama Guna Modul Pembersihan Hamam SIRIM

GUNUNG SEMANGGOL – Perak menjadi negeri pertama di Malaysia yang menggunakan Modul Pembersihan Hamam (Tandas) yang disediakan oleh pihak SIRIM Berhad (SIRIM).

Majlis pelancaran dan penyerahan modul itu telah diadakan di Masjid Ar-Rahmaniah, Bukit Putus dekat sini pada Rabu, sempena Program Pemukiman YAB Menteri Besar di Daerah Kerian.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria menyempurnakan majlis itu, mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid, ADUN Pengkalan Bharu merangkap Ahli Lembaga Pengarah TNB, Datuk Abdul Manaf Hashim, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNP dan Pengurus Besar Kanan Jabatan Standard SIRIM, Abd Aziz Lope.

Drs Nizar berkata, modul itu akan menjadi garis panduan untuk digunakan pakai di dalam menjadi kebersihan tandas di masjid dan surau di seluruh Perak supaya mencapai standard yang ditetapkan.

Beliau memberitahu, matlamat akhir modul itu ialah untuk mencapai standard ISO dari segi kebersihan dan kualiti tandas masjid dan surau, yang ditetapkan oleh pihak SIRIM.

“Kerajaan negeri percaya, dengan pelancaran modul ini akan memberi suntikan semangat kepada jawatankuasa masjid dan surau untuk melaksanakan peranan masing-masing,” katanya kepada Suara Perak selepas majlis berkenaan.

Menurut beliau, modul itu juga bukan sahaja dikhususnya untuk tandas di masjid dan surau, tetapi boleh digunapakai di dalam operasi tandas-tandas awam di seluruh negeri.

Pada yang sama, Drs Nizar turut menerima sumbangan van jenazah sumbangan PKNP yang disampaikan Aminuddin di samping menyampaikan bantuan makanan kepada 40 asnaf yang disumbangkan TNB.


1,054 views0 comments
bottom of page