top of page
muinsapidin

Perak Guna Pendekatan Kreatif Wujud Desa Baharu

SEGARI - Kerajaan negeri Perak melaksanakan pendekatan kreatif dalam usaha mewujudkan desa-desa baharu dengan membina rumah-rumah kepada golongan keterbawahan menerusi projek Pembangunan Desa Bina Upaya di bawah kelolaan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, projek pembangunan Desa Bina Upaya ini melibatkan kawasan-kawasan yang terpilih di negeri Perak.

Menurut beliau, anggaran keseluruhan kos projek untuk pembangunan itu ialah RM1.65 juta, termasuk kos pembinaan rumah dan kos infrastruktur.

`` Ini merupakan satu lagi kaedah kreatif yang diambil kerajaan negeri dalam mewujudkan desa-desa baharu di negeri Perak.

``Kita kenalpasti satu-satu kawasan itu, bila kita ada duit, kita buat demi satu, akhirnya ia menjadi sebuah desa yang baharu,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Kunci Projek Pembangunan Desa Bina Upaya di Kampung Tanjung Batu, Batu 3 Segari pada Ahad.

Menurut beliau , projek pembinaan 21 buah rumah di Kampung Tanjung Batu, Btu 3 Segari itu merupakan projek contoh dan yang pertama dilaksanakan negeri ini di bawah projek pembangunan Desa Bina Upaya.

Selain itu, katanya, YBU juga menyediakan rumah-rumah secara percuma kepada mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

``Alhamdullilah kita telahpun hampir menyelesaikan semua hal-hal yang berkaitan dengan perumahan golongan miskin tegar dalam negeri Perak kita,’’ ujarnya.


17 views0 comments
bottom of page