Seorang ejen insurans dituduh di Mahkamah Magistret Ipoh hari ini atas kesalahan sengaja menghina Islam dengan mengucapkan kata-kata kesat tentang Nabi Muhammad S.A.W kepada seorang jemaah masjid.
Tham Yut Mooi, 45, yang mengaku tidak bersalah didakwa melakukan kesalahan itu di Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan, Tambun, Ipoh pada 4 Mei lalu.
Gambar Hiasan
Tertuduh telah didakwa menghina Islam dengan mengeluarkan perkatan “Nabi Muhammad B***” yang dapat didengar oleh Mohamad Halim Buyong, 43, dengan niat untuk melukakan perasaan keagamaan orang berkenaan.
Dia dituduh mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang mempertunukkan hukuman penjara setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Tertuduh menundukkan kepala tanda faham dan tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.
Nuru Asyifa memutuskan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menjalani pemeriksaan dalam tempoh sebulan selepas Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab memohon pemeriksaan mental dijalankan.
Mahkamah menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Tham diwakili peguamnya Chiang Woei Chien.