Lagi Serpihan Ditemui, Operasi SAR Mula Guna Alat Pengesan Logam - DCA
- muinsapidin
- May 8, 2016
- 2 min read
KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) nahas helikopter akan mula menggunakan alat pengesan logam bagi mengesan bangkai pesawat terbabit, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.
"Kita gunakan alat pengesan logam sekiranya ada isyarat daripada logam dan kita akan berusaha dapatkan penyelam di kawasan itu," katanya pada sidang media harian di menara kawalan DCA di sini, Ahad.

Comentários