SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan mayat ketiga mangsa nahas helikopter di Sarawak yang ditemui jam 10.30 pagi tadi sebagai pengawal peribadi Allahyarham Datuk Noriah Kasnon, Ahmad Sobri Harun.
Gambar terakhir Ahmad Sobri Harun (kiri) yang dihantar kepada keluarganya melalui pesanan aplikasi
WhatsApp ketika menaiki helikopter pada 11.50 pagi semalam. Ahmad Sobri disahkan antara
penumpang nahas helikopter yang hilang ketika penerbangan dari Sebuyau Betong,
Sarawak ke Kuching semalam.- Foto Bernama
Beliau memaklumkan polis akan membantu menguruskan jenazah Allahyarham.
Sebelum itu, di SRI AMAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mayat ketiga susulan tragedi helikopter hilang Khamis lepas, ditemukan di Sungai Batang Lupar, Lingga, dekat sini, hari ini, lengkap berpakaian dan mempunyai dokumen pengenalan diri.
"Mayat itu terapung di sungai itu pada 12.04 tengah hari, tidak jauh dari kawasan mayat pertama timbalan menteri dijumpai.
"Biarlah polis umumkan berkenaan identiti mayat," katanya pada sidang media d sini.
Beliau berkata, bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan mayat tersebut ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR).