top of page

Mayat Keempat Nahas Helikopter Ditemui

muinsapidin

SHAH ALAM - Polis mengesahkan mayat keempat nahas helikopter AS350 telah ditemukan di Sungai Batang Lupar dan dibawa ke jeti Pekan Lingga kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Menurut laporan Bernama Radio, mayat itu dibawa menggunakan bos pasukan penyelamat.

Sementara Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman mengesahkan penemuan mayat itu pada jam 3.26 petang.

“Saya dimaklumkan dari kawasan operasi bahawa penemuan satu mayat lagi sedang diusahakan untuk dibawa ke sini.

"Mayat dijumpai jam 3.26 petang, berada setengah kilometer daripada mayat pertama yang dijumpai semalam,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.


3 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page