top of page
muinsapidin

CUEPACS Cadang Penjawat Awam Wanita Kerja Dari Rumah

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memberi cadangan kepada pihak kerajaan supaya menggubal dasar membenarkan 77,440 orang atau 48.4 peratus penjawat awam wanita bekerja dari rumah.

Menurut Presidennya, Datuk Azih Muda, cadangan berkenaan sebagai langkah mengurangkan risiko terhadap keselamatan, produktiviti kerja dan keseimbangan membina keluarga.

Tambahnya lagi, wanita memiliki kelemahan emosi menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai faktor luaran yang menjejaskan pekerjaan seperti tekanan kemurungan, mangsa jenayah dan kesuburan menurun.

Malah jelasnya kebanyakan pekerja wanita gagal membuat pilihan sama ada meneruskan hasrat membina kerjaya atau memberi fokus kepada anak dan keluarga.

“CUEPACS berpendapat pelaksanaan dasar bekerja dari rumah menyenangkan pekerja wanita yang kerap bercuti kecemasan akibat masalah kesihatan anak atau suami, selain ia tidak menjejaskan sasaran kerajaan mencapai matlamat pembangunan moden.

“Kita percaya bilangan pekerja wanita dalam sektor awam atau swasta akan bertambah setiap tahun berikutan kecemerlangan pendidikan ditunjukkan golongan ini,” katanya ketika Sambutan Hari Wanita Sedunia 2016 – Peranan Wanita Dalam Dunia Digital, memetik sumber Berita harian.


23 views0 comments
bottom of page