SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan pesawat dipercayai milik helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang, petang semalam.
Imej serpihan yang di percayai pesawat terlibat di jumpai oleh Pasukan SAR 930 di Sebuyau.
Pengesahan akan dibuat oleh DCA. - Foto ihsan Twitter bombaJBPM
Menurut beliau maklumat penemuan itu diterima pada jam 9.50 pagi tadi.
"Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahgian lain telah dijumpai. Pasukan SAR akan berusaha mencari badan utama helikopter tersebut," katanya pada sidang media.
Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.
Dalam pada itu, Najib berkata, kawasan penemuan bersebelahan Sungai Batang Lupar dan ini menyukarkan operasi namun segala aset yang ada akan digunapaki dalam operasi ini.
Helikopter yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.
Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.