top of page
muinsapidin

Nahas Helikopter: Rohani Sambut Jenazah 'Adik'

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sudah menganggap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon mangsa nahas helikopter di Sarawak seperti adiknya sendiri.

Anggota tentera mengusung jenazah pertama dijumpai sejurus tiba dengan helikopter Nuri Tentera

Udara Diraja Malaysia (TUDM) di padang Ibu pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK)

kira-kira jam 3.25 petang tadi. - Foto Bernama

Melalui kemas kini status di Facebooknya, Rohani memberitahu beliau hadir ke IPK Sarawak untuk menyambut jenazah yang dipercayai Noriah.

Namun, sehingga kini masih tiada pengesahan rasmi dibuat oleh pihak berkuasa.

“Sekarang ini saya berada di IPK Sarawak untuk menyambut jenazah adik saya YB Noriah yang merupakan mangsa pertama kemalangan helikopter,” tulisnya.

Sekitar jam 12 tengah hari tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita tersangkut di tebing Sungai Batang Lupur sebelum dibawa ke Bilik Mayat Hospital Umum Sarawak.

Noriah merupakan salah seorang penumpang yang menaiki pesawat jenis Eurocopter AS350 dari Betong ke Kuching yang hilang petang semalam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Pagi tadi, serpihan-serpihan helikopter ditemui pasukan mencari dan menyelamat.


10 views0 comments
bottom of page