Tiada Helikopter Mendarat Cemas Di Seri Aman - Polis
- muinsapidin
- May 5, 2016
- 1 min read
Polis menafikan helikopter membawa beberapa kenamaan yang dilaporkan hilang petang tadi sudah mendarat di sebuah lokasi di Seri Aman. Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Othman Sulaiman berkata, tiada sebarang pengesahan mengenai perkara itu setakat ini. "Tidak benar, setakat ini tiada pengesahan,'' katanya dalam satu sidang akhbar di Kuching malam Khamis. Beliau diminta mengulas cakap-cakap yang kini tersebar di laman sosial bahawa helikopter jenis Eurocopter AS350 yang dlapor membawa dua Ahli Parlimen termasuk seorang timbalan menteri sudah pun membuat pendaratan cemas di Seri Aman.

Helikopter berkenaan dilaporkan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang.
Bagaimanapun, tidak ada hubungan dengan helikopter tersebut selama tiga jam.
Mengulas lanjut, Othman berkata, operasi mencari dan menyelamat sudah dimulakan.



Comments