Mayat seorang wanita dengan kesan kelar di leher telah ditemui di tepi tong sampah berdekatan Tokong Kwan Win Tong, Kampung Rapat Ipoh pagi tadi.
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata, mangsa telah meninggal dunia sejak tiga atau empat hari lalu dan dibunuh di lokasi lain sebelum dicampak di kawasan berkenaan.
“ Polis telah menerima maklumat dari orang awam pada 10.30 pagi tadi dan telah menjumpai seorang perempuan yang tidak diketahui bangsa berumur dalam lingkungan 30-40 an berpakaian baju dan seluar tidur pendek berwarna merah jambu.
“Siasatan kini sedang giat dijalankan dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tambah beliau mana-mana pihak yang kehilangan anggota keluarga dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan atau ASP Nirmala di talian 012-5032619