top of page
muinsapidin

Jepun Pajak Jet Pejuang

TOKYO - JEPUN. Kerajaan Jepun bersetuju untuk memajak jet pejuang ke Filipina dalam satu lagi usaha memperkukuhkan hubungan keselamatan antara kedua negara bagi menentang pengaruh serantau yang semakin meningkat di Beijing.

Perjanjian itu dibuat kelmarin dalam satu perbincangan menerusi telefon antara Menteri Pertahanan Jepun Jeneral Nakatani dan rakan sejawatannya dari Manila, Voltaire Gazmin.

Kru helikopter Jepun tiba di bekas pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di pelabuhan Subic,

utara Manila, dalam satu lawatan empat hari di negara itu. - Foto AFP

Di bawah persefahaman tersebut, Tokyo akan menyewa sehingga lima pesawat latihan TC-90 dan membantu Filipina melatih juruterbang serta mekanik pesawat berkenaan yang boleh digunakan sebagai pesawat pengawasan.

"Persetujuan dicapai untuk semua negara di rantau ini mengukuhkan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan," katanya.

Difahamkan, langkah terbabit merupakan pajakan pertama pesawat pertahanan diri Jepun ke negara lain selepas ia menarik balik larangan yang dikenakan sendiri ke atas eksport senjatanya baru-baru ini.

Menurut laporan agensi berita Kyodo, TC-90 mampu terbang sejauh 1,900 kilometer, kira-kira dua kali ganda jarak penerbangan pesawat tentera udara Manila. - AFP


31 views0 comments
bottom of page