top of page
muinsapidin

Dipukul Wanita Kerana Tunjuk Kemaluan

KOCAELI - TURKI. Tindakan seorang lelaki melakukan serangan seksual di dalam sebuah bas yang sesak mengundang padah selepas dia dipukul, ditampar malah di tendang oleh beberapa wanita yang turut berada di dalam bas itu.

Insiden berlaku di dalam bas yang sedang bergerak di wilayah Kocaeli barat Turki selepas seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang wanita yang berdiri berhampirannya.

Penumpang wanita bertindak menendang pelaku.

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa memukul lelaki itu secara berulang kali sebelum penumpang wanita lain turut bersama-sama memukul serta menendang suspek.

Ketika dia dipukul oleh beberapa wanita, lelaki itu cuba untuk melarikan diri sebaik pintu bas dibuka dihadapan balai polis Basiskele namun berjaya dihalang oleh beberapa penumpang lain sebelum ditahan polis.

Memetik Metro.uk, saksi berkata, apabila seorang wanita sedar lelaki itu menunjukkan kemaluannya, dia menjerit dan bertindak memukul lelaki itu sebelum diikuti oleh beberapa wanita lain.

Lelaki itu kini ditahan dan siasatan berhubung insiden sedang dijalankan.


25 views0 comments
bottom of page