BERLIN - JERMAN . Parti berhaluan kanan di Jerman, AfD meluluskan dasar manifesto anti-Islam yang dilihat sebagai sebahagian daripada rancangan jahat mereka untuk meraih sokongan bagi menduduki kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum pada tahun depan.
Sikap keterbukaan Merkel terhadap golongan migran dan agama Islam telah
mencetuskan kemarahan parti AfD.
Cadangan bertajuk 'Islam bukan sebahagian daripada Jerman' itu diluluskan kira-kira 2,400 anggota parti populis terbabit ketika kongres di bandar barat Stuttgart, kelmarin.
Ia turut melarang pembinaan menara masjid, laungan azan, pemakaian purdah dan tudung di sekolah.
Sentimen anti-Islam itu dikeluarkan selepas Canselor Angela Merkel sering kali menyatakan Islam adalah sebahagian daripada Jerman selain memberi jaminan kebebasan beragama seperti terkandung dalam Perlembagaan.
Difahamkan, manifesto itu juga menuntut sekatan terhadap pelarian berikutan rantau Eropah kini dilanda krisis migran terburuk sejak Perang Dunia Kedua. - Press TV