top of page
muinsapidin

Roller Coaster Terhenti, 28 Orang ‘Tergantung’ Ke Bawah

KESERONOKAN sekumpulan pengunjung menaiki permainan roller coaster di taman tema Alton Towers di United Kingdom pada Isnin bertukar mimpi ngeri apabila permainan itu berhenti secara tiba-tiba di tengah perjalanan.

Lebih mencemaskan ketika kejadian, roller coaster berkenaan berada pada landasan ‘tergantung’ pada ketinggian 65 kaki menyebabkan 28 badan pengunjung dalam posisi ke bawah selama setengah jam.

Mereka yang menaiki permainan itu cemas kerana bimbang tali pinggang keledar yang dipakai akan terbuka, yang akan menyebabkan mereka terjatuh.

Insiden tersebut berlaku hanya kurang setahun selepas dua wanita kehilangan kaki selepas terbabit dalam nahas roller coaster di taman tema itu.

Seorang mangsa memberitahu dia bimbang tali pinggang keledarnya akan terbuka kerana dia ‘tergantung’ pada aras tinggi.

Seorang lagi mangsa berkongsi pengalaman mendengar jeritan dan tangisan mereka yang lain semasa terperangkap di landasan itu.

Insiden itu didakwa berpunca daripada sistem elektrik permainan berkenaan mati secara tiba-tiba akibat hujan lebat.

Malah kawasan beratur menunggu giliran untuk menaiki permainan itu turut dibanjiri air. – Mail Online


19 views0 comments
bottom of page