BUKIT MERTAJAM: Seorang petani warga Myanmar ditemui mati dalam keadaan terduduk dan berlumuran darah di kawasan perkilangan Jalan Estaste di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 20-an berkenaan dipercayai diserang sekumpulan lelaki sebelum dibunuh.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Mohd Sabri Mohamed, berkata seorang rakan mangsa berusia 20-an turut cedera, selepas cuba melarikan diri ketika serangan.
“Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui beberapa kesan darah, selain parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian.
“Kita belum mengenal pasti motif kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan