top of page
muinsapidin

Dua Penunggang Maut Kemalangan

BIDOR - Dua penunggang maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal dan tiga kereta di Kilometer 348.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa Muhammad Alif Daniel Rozula, 17, yang menunggang motosikal maut di lokasi kejadian, sementara Mohd Nizam Mamat, 43, juga menunggang motosikal meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tapah.

Keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan, semalam.

Mangsa yang tercampak ke tengah jalan maut akibat parah selepas dirempuh kenderaan yang datang dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, berdasarkan siasatan awal, motosikal ditunggang Muhammad Alif Daniel hilang kawalan lalu terbabas menyebabkan mangsa terjatuh di lorong kanan jalan.

Menurutnya, kereta yang mengekori belakang motosikal mangsa sempat mengelak, namun terlanggar belakang sebuah bas.

“Sebuah kereta yang dari arah sama tidak sempat elak lalu langgar mangsa yang berada di atas jalan, keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Selang 10 minit kemudian, Mohd Nizam yang menunggang motosikal hilang kawalan akibat terlanggar sisi kereta menyebabkannya tercampak ke tengah jalan. Pintu kereta berkenaan tertanggal dan melantun ke tengah laluan.

“Dalam masa sama, sebuah lagi kereta datang, tidak sempat mengelak dan melanggar pintu kereta yang berada di laluan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, jenazah Muhammad Alif Daniel yang merupakan anak anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highland dan Mohd Nizam yang beralamat di Jeli, Kelantan diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian.


9 views0 comments
bottom of page