top of page
muinsapidin

Hati-Hati Beli Aksesori Telefon Bimbit

TAIPING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar telefon bimbit untuk menentukan piawaian terhadap aksesori telefon mereka.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia perlu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini yang boleh mencederakan pengguna.

Gambar Hiasan

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna telefon bimbit supaya lebih berhati-hati dan membeli aksesori yang mendapatkan kelulusan daripada SIRIM.

“Kita tidak mahu lagi pengguna hanya membeli barang-barang yang boleh menimbulkan masalah lain nanti, itu yang merisaukan saya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Mohd Shafiq Mohd Rosdi, 14, yang putus tangan kanan di Hospital Taiping di sini pada Jumaat.

Mohd Syafiq putus tangan kanan di samping patah tangan kiri dan kaki kiri selepas dikatakan disedut pam angin di sebuah ladang ayam di Sungai Bayor, Selama pada Selasa lalu.

Hamzah berkata, lazimnya pengguna mengambil jalan mudah dan cepat dengan membeli aksesori telefon bimbit seperti charger dan bateri.

“Kadang-kadang kita hendak beli bateri, kita lebih suka beli bateri yang murah tetapi bateri itu sebenarnya tidak mempunyai standard,” ujar beliau

Beliau memberitahu, sehingga khamis, pihaknya masih menerima aduan daripada pengguna yang menghadapi masalah apabila membeli aksesori telefon bimbit.


18 views0 comments
bottom of page