top of page
muinsapidin

Ceroboh Kuil : Pemuda MIC Serah Memorandum Pada Polis

IPOH – Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan mendesak polis Perak menangani kes individu yang memecahkan patung di sebuah kuil di Jalan Hospital, di sini mengikut prosedur yang betul.

Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan, K.Arvind berkata, individu berkenaan seharusnya dihadapkan ke mahkamah terlebih dahulu untuk dituduh dan bukan dihantar terus ke Hospital Tanjung Rambutan.

Menurut beliau, sepatutnya pihak mahkamah yang menentukan sama ada lelaki itu perlu menjalani ujian di hospital berkenaan.

“Kita tidak membantah tindakan polis yang menahannya kita cuma mahu polis tangani kes ini mengikut prosedur yang betul kerana kes ini amat sensitif,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum berkenaan berkenaan di IPK pada Khamis.

Hadir sama Timbalan Ketua Pemuda MIC Perak S. Sivaraj dan 30 lagi individu mewakili 20 lagi Pertubuhan Bukaan Kerajaan (NGO) sekitar Perak.

Arvind berkata, prosedur itu seharusnya dilakukan dengan betul bagi mempastikan tiada insiden yang sama akan berulang pada masa hadapan dan memberi pengajaran kepada orang ramai.

Dalam pada itu, beliau turut mengesa orang ramai untuk tidak mempolitikkan kes berkenaan dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur hasutan.

“Kita hanya boleh mendesak polis tangani kes ini dengan betul, jalani prosedur yang betul tetapi jangan kita keluarkan kenyataan-kenyataan yang menghasut di media sosial.

“Negara kita mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, tidak wajar jika mana-mana individu mempolitikkan kes ini,” jelasnya.


7 views0 comments
bottom of page