top of page
muinsapidin

199 Premis Makanan Terima Gred A Daripada MBI

IPOH - Sebanyak 199 buah premis penyediaan makanan yang memenuhi penilaian kualiti di sekitar Ipoh berjaya mendapat penarafan Gred A oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Daripada jumlah tersebut, kesemua mereka berjaya mencapai tahap markah penggredan setinggi 95 peratus dan ini menunjukkan satu perkembangan positif bagi kualiti pemakanan di bandaraya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, pihaknya telah melaksanakan penggredan itu bermula pada 1 Jun 2014 sehingga 31 Mac ini di bawah Unit Keselamatan dan Kualiti Awam.

Menurutnya, program yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran itu mendapat maklum balas positif daripada pengusaha premis makanan yang telah memberi kerjasama dan mematuhi syarat kelayakan MBI.

“Secara keseluruhannya, sijil penarafan bintang ini diberikan kepada pengusaha premis makanan dan pengusaha gerai-gerai yang jelas mempamerkan kesungguhan untuk memberi imej terbaik kepada pelanggan.

“Saya boleh katakan bahawa kesemua restoran mendapat markah gred kebersihan daripada 95 peratus jadi secara kesuruhannya lokasi mencari makan di Ipoh memang berada dalam standard cukup tingsahgi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil penggredan makanan gred A dan penarafan kualiti pengurusan bangunan berstrata di Bangunan MBI di sini pada Khamis.

Datuk Bandar memberitahu, antara kriteria yang perlu dipatuhi oleh penerima ialah kawasan penyediaan/penyajian dan pengendali makanan, tandas atau sanitasi, sistem bekalan air dan struktur dan penyelenggaraan.

"Kita akan sentiasa memainkan peranan penting dalam usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan penyediaan makanan di negeri ini.

"Bagi memenuhi matlamat ini, pelbagai aktiviti telah dan sedang dijalankan bagi mempastikan tahap proses makanan sentiasa terpelihara supaya kualiti hidup warga bandar raya terjamin,” ujarnya.


31 views0 comments
bottom of page