top of page
muinsapidin

Jawatankuasa Kuil Mahu Siasatan Dijalan Secara Telus

IPOH - Pihak Jawatankuasa Kuil Sree Muneeswaran Amman, Jalan Hospital, Ipoh mahu siasatan dibuat secara telus tanpa selindung berhubung kes seorang lelaki yang menceroboh masuk dan merosakkan sembilan patung dewa di kuil berkenaan baru-baru ini.

Menurut Pengerusi kuil itu, Silva Nathan, pihak jawatankuasa kuil berpendapat siasatan secara telus perlu segera dijalankan demi menjaga sensitiviti penganut agama Hindu dan keharmonian rakyat di negara ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa pihak jawatankuasa kuil tidak meminta bantuan kewangan daripada kerajaan negeri, sebaliknya kerajaan negeri yang menawarkan sumbangan RM30,000 bagi membaiki kerosakan patung-patung dewa di dalam kuil berkenaan.

``Bagi kami wang bukan isunya dan apa yang kami mahu ialah keadilan demi maruah dan sensitiviti penganut agama Hindu yang telah dicemari akibat kejadian itu baru-baru ini,’’ katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kuil itu di Ipoh pada Selasa malam.

Menurut Silva, mesyuarat tergempar yang diadakan itu bersetuju menerima tawaran kerajaan negeri untuk menyumbang RM30,000 tetapi dengan syarat supaya siasatan berhubung kejadian itu dijalankan secara telus tanpa selindung.

Katanya, jawatankuasa kuil turut mendesak supaya panel pakar psychiatric dilantik untuk menjalankan pemeriksaan bagi mengesahkan bahawa lelaki yang terbabit dalam kejadian itu benar-benar tidak siuman dan membiarkan pihak perundangan membuat keputusan mengenainya.


8 views0 comments
bottom of page