top of page
muinsapidin

MB Minta Shahidan Turun Ke Bukit Merah

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim supaya melihat sendiri keadaan sebenar paras air yang semakin susut dan kritikal di kolam tadahan air Bukit Merah.

Menurut Dr Zambry, kenyataannya sebelum ini yang menyebut bahawa Perak mungkin akan memohon kerajaan Persekutuan mengistiharkan kawasan Bukit Merah sebagai kawasan bencana adalah kerana keadaan paras air di kolam tadahan berkenaan yang semakin kritikal. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Shahidan yang telah memberi maklum balas untuk datang ke Bukit Merah bagi meninjau dan melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku. “Saya telah menyatakan bahawa kenyataan yang saya buat ini bukanlah bertujuan untuk kita saling berbeza pandangan, saya buat kenyataan ini memandangkan keadaan di Bukit Merah yang semakin serius berdasarkan laporan yang diberikan kepada kerajan negeri tentang air yang semakin susut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Selasa. Menurut beliau, langkah segera perlu dibuat termasuk langkah membantu pesawah-pesawah yang terjejas untuk mengusahakan hampir 5,000 hektar sawah padi di sekitar kawasan Semanggol dan Selinsing. Dr Zambry turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri seringkali berhubung rapat dalam memberikan maklum balas tentang keadaan yang berlaku tetapi untuk membuat pengisytiharan tentang kawasan bencana atau tidak, ia terletak di bawah Unit Bencana Alam di Jabatan Perdana Menteri. “Jadi saya harap ia akan dilaksanakan dengan kadar yang segera kerana semalam saya dapati laporan yang saya terima keadaan paras air di kolam tadahan air Bukit Merah semakin susut,’’ ujarnya.


27 views0 comments
bottom of page