top of page

Anggota MBI Bersama UPM Siapkan Teratak Semai Fasa 3

muinsapidin

IPOH – Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man melahirkan rasa bangga dengan penglibatan anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam menyiapkan Teratak Semai Fasa 3 di Tapah.

Menurut beliau, pendedahan sedemikian amat penting bagi anggota MBI dalam usaha meningkatkan keupayaan serta mutu kerja di samping menambah pengalaman anggota sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang bencana alam di masa hadapan.

Meor Zaidi Meor Razali menerima sijil penghargaan daripada Datuk Dr Mah Hang Soon

Sebelum ini, anggota berkenaan telah terlibat dalam bantuan bencana banjir di Perak Tengah dan Sungai Siput Utara pada tahun 2014 di samping berrtanggungjawab memberi bantuan awal untuk kejadian banjir kilat di Bandaraya Ipoh.

Ketika program di Tapah, sebanyak tujuh buah rumah untuk penduduk Orang Asli berjaya disiapkan dalam masa tiga minggu, hasil kerjasama 20 anggota Jabatan Landskap MBI dan pelajar serta pensyarah jurusan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.

Zamri berkata, program tersebut adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) MBI yang memberikan kerjasama dan bantuan dari segi kepakaran, kemudahan pengangkutan dan peralatan.

“Program ini turut memupuk semangat sukarelawan antara pelajar UPM dan anggota MBI di samping mendedahkan teknik pembinaan struktur ringkas rumah yang dipelopori oleh pensyarah UPM, yang boleh digunapakai di kawasan yang memerlukan struktur demikian,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kakitangan MBI membantu membina rumah Orang Asli

Menurut beliau, pasukan penyelidik UPM yang diketuai oleh Prof Madya Ar Meor Mohammad Fared dan penyelidik Dr Wan Srihani Wan Mohammad, Dr Shafizal Maarof dan Dr Mohammad Fakri Zakry Ja'afar, telah memulakan pembinaan dengan gabungan pelajar dan penduduk kampung mengikut fasa berikut:-

* Projek Teratak Semai Fasa 1 melibatkan pembinaan 4 unit rumah pada 29 Januari 2015 di Kampung Batu 16, Jalan Pahang, Tapah;

* Projek Teratak Semai Fasa 2 juga telah diadakan diadakan di kampung yang sama bermula pada 17 Ogos 2015 dan telah berjaya membina 6 unit buah rumah Orang Asli;

* Projek Teratak Semai Fasa 3 diadakan di Kampung Batu 5, Jalan Pahang, Tapah, Perak bermula 18 Januari 2016 hingga 5 Februari 2016 yang melibatkan 20 pegawai dan anggota yang di ketuai oleh Pengarah Jabatan Landskap, Meor Zaidi Meor Razali dengan kerjasama Pensyarah dan pelajar-pelajar Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM, Serdang.

Untuk fasa ini, MBI dan UPM berjaya menyiapkan 7 buah rumah dengan kos minima RM 5,500 setiap unit.


20 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page