top of page
muinsapidin

MB Garis 9 Amalan Mantapkan Pengurusan Hutan

IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua jabatan dan agensi yang berkaitan pembangunan tanah agar mematuhi sembilan amalan penggunaan hasil hutan tanah kerajaan.

Menurut beliau, sembilan amalan itu perlu dipatuhi bagi memantapkan lagi pengurusan hutan di negeri ini.

Berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2016 dan Kembara Rimba Bersama Menteri Besar di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, Meru dekat sini pada Khamis, Dr Zambry memberitahu, sembilan amalan itu ialah:-

a) Kawasan tanah kerajaan berhutan dan tanah miliki berhutan yang dimilik oleh agensi kerajaan negeri mesti membuat penandaan sempadan kawasan lesen;

b) Pengusahasilan di kawasan tanah kerajaan dan tanah milik berhutan yang dimiliki oleh agensi kerajaan negeri tidak dibenar untuk dijalankan di musim hujan;

c) Had batas tebangan tidak kurang daripada 30cm diameter dikenakan bagi kawasan tanah kerajaan berhutan dan tanah milik berhutan yang dimiliki oleh agensi kerajaan negeri yang tidak mempunyai rancangan pembangunan tanah kurang dalam tempoh 3 tahun;

d) Kawasan tanah kerajaan dan tanah milik berhutan yang dimiliki oleh agensi kerajaan negeri yang bercerun melebihi 40 darjah tidak diusahasil untuk pembangunan tanah;

e) Jajaran jalan hutan di kawasan pembalakan tanah kerajaan perlu mendapat kelulusan pengarah perhutanan negeri sebelum ianya diusahasilkan;

f) Semasa pembangunan tanah, perlu diadakan zon penampan tidak kurang daripada kelebaran 20 meter di dalam tanah kerajaan dan tanah milik berhutan yang dimilik oleh agensi kerajaan negeri yang bersempadan dengan hutan simpanan kekal;

g) Semasa pembangunan tanah hutan, perlulah diadakan zon penampan sungai tidak kurang kelebaran 10 meter untuk perlindungan tanah dan berfungsi sebagai koridor hidupan liar;

h) Penggunaan mesin dan jentera berat dihadkan dalam pengusahasilan kawasan tanah kerajaan dan tanah milik berhutan yang dimiliki oleh agensi kerajaan yang akan dibangunkan; dan

i) Pengusahasilan di kawasan tanah kerajaan dan tanah milik berhutan yang dimiliki oleh agensi kerajaan negeri dilaksanakan secara berperingkat dan terancang


16 views0 comments
bottom of page