top of page
muinsapidin

PM Rasmi Minggu Saham Amanah Malaysia 2016

TAPAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 di Stadium Mini Tapah, Perak pada Rabu. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah.

Di majlis yang sama Najib mengumumkan sumbangan PNB sebanyak RM700,000 kepada Pusat Hemodialisis Hospital Tapah bagi tujuan menaiktaraf bangunan dan pembelian empat mesin hemodialysis di pusat berkenaan. Sumbangan disampaikan oleh Ahmad Sarji kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr. Juita Ghazalie dengan disaksikan oleh Perdana Menteri. Sumbangan itu juga akan dilanjutkan kepada satu pusat hempdialisis di bawah hospital kerajaan bagi setiap negeri secara berperingkat-peringkat. MSAM 2016 yang bertemakan `Pelaburan 360 PNB’ berlangsung selama lebih seminggu bermula hari ini sehingga 28 April dan akan memuatkan pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan untuk pelbagia lapisan masyarakat.

MSAM 2016 dijayakan dengan sokongan 11 syarikat kumpulan PNB yang berperanan sebagai Rakan Premier, antaranya Malayan Banking Bhd, Sime Darby Bhd, I&P Setia Berhad dan UMW Holdings Berhad. Rakan utama terdiri daripada Chemical Company of Malaysia Bhd, Malaysian Industrial Development Finance Bhd, MNRB Holdings Bhd, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, Takaful Ikhlas Berhad sebagai Rakan Program Keagamaan.

​MSAM bermatlamat mendidik masyarakat mengenai pelaburan dan kepentingan merancang kewangan selain berperanan sebagai medium mempromosikan PNB dan syarikat kumpulannya. Antara pengisian tahun ini adalah Jejak Pelabur Bijak yang dibawa oleh Maybank, Jejak pelabur Cilik oleh I&P Group, CCM Interschool Showdown, Simposium Usahawan PNB-MIDF dan Seminar Khas Kewangan ASNB, Santai Labur dan Hibur Labur Bersama PNB.


53 views0 comments
bottom of page