top of page
  • muinsapidin

Dewan Lulus Enakmen Perumahan dan Hartanah Perak 2016

IPOH - Dewan Undangan Negeri Perak yang bersidang hari kelima pada Isnin meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak 2016 dengan beberapa pindaan.

Enakmen itu yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim mendapat sokongan majoriti ahli Dewan.

Rusnah di dalam pembentangannya berkata, enakmen bagi penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak 2016 itu tepat pada masa dan amat diperlukan.

“Ini sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri dalam mencapai sasaran satu keluarga satu rumah dan kehidupan berkualiti Amanjaya yang merupakan salah satu daripada tujuh bidang keberhasilan utama Perak Amanjaya,” katanya.

Menurut beliau, ketika ini kawalan kerja dan pemantauan negeri terhadap pemajuan rumah dan hartanah terletak dipelbagai agensi seperti Bahagian Perumahan di SUK, UPEN, Kerajaan Tempatan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Katanya, projek perumahan kos rendah atau perumahan awam kerajaan negeri terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Perumahan SUK yang turut menguruskan penyerahan program perumahan rakyat yang dibangunkan oleh kerajaan Persekutuan.

Di samping itu, ujarnya, projek perumahan yang melibatkan pemaju swasta atau agensi berkenaan ataupun pihak berkuasa tempatan diuruskan sendiri oleh pihak terbabit.

Oleh itu, kata beliau, tidak ada badan khusus yang dapat menyelaraskan pelaksanaan perumahan di negeri Perak secara bersepadu dalam aspek perancangan keperluan mengikut kawasan mahupun keperluan penduduk.

Menurut beliau, tanpa penyelarasan yang bersepadu, didapati banyak golongan berpendapatan rendah yang tercicir daripada memiliki rumah yang mampu dibeli oleh mereka.

“Oleh itu adalah lebih teratur jika peranan agensi agensi ini disatukan dalam lembaga dan ini membolehkan kawalan dan pemantauan kerajaan negeri lebih berkesan,” katanya.


275 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page