top of page
  • muinsapidin

Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai Perak 2016 Diluluskan

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-13 pada Isnin meluluskan Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai Perak 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Zahir Abdul Khalid berkata, enekmen itu bertujuan untuk menyelaras pembangunan dan pengurusan aktiviti dan perkhidmatan di kawasan pesisir pantai Perak.

Menurut beliau, Perak mempunyai kira-kira 230 kilometer pesisir pantai yang mempunyai banyak aktiviti komersial termasuk perlombongan, pelancongan, perkapalan dan terminal.

“Tetapi kita tak ada Lembaga Pelabuhan walaupun kita ada Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah tetapi kebanyakkan garis kuasa sedia ada tidak boleh diguna pakai apabila kita nak mengoptimumkan penggunaan pesisir pantai kerana ada pertindihan kuasa,” katanya pada satu sidang media di Sidang DUN di sini pada Isnin.

Zahir berkata, dengan enekmen itu Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri akan menubuhkan satu majlis yang akan menyelaras pembangunan dan pengurusan aktiviti di pesisir pantai tanpa sebarang sekatan atau sebarang pertindihan kuasa.

“Majlis ini akan mengeluarkan satu blueprint mengenai pembangunan pesisiran pantai secara komprehensif di mana mereka boleh panggil agensi-agensi berkenaan untuk mendapatkan cadangan supaya kita boleh bangunkan kawasan itu secara optimum, tanpa kekangan seperti sebelum ini.

“Kita lakukan ini supaya kawasan pesisiran pantai kita yang panjang dapat kita bangunkan secara maksimum, caj dan Levi juga akan ditentukan oleh majlis ini nanti,” ujarnya.


163 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page