top of page
  • muinsapidin

Dakwaan Perak Negeri Termiskin Tidak Berasas

IPOH – Dakwaan kononnya Perak sebagai negeri termiskin di Malaysia oleh pihak pembangkang dilihat sebagai tidak berasas kerana ianya tidak mengikuti prosedur penilaian yang tepat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak pembangkang sewajarnya mematuhi mekanisme penilaian ketua isi rumah (KIR) miskin tegar sebelum menuding jari terhadap jumlah B40 di negeri ini.

Tegasnya, pihak pembangkang mendakwa bahawa Perak mempunyai jumlah golongan B40 yang paling teruk tanpa menilai beberapa faktor sampingan yang menyumbang kepada takrifan tersebut.

“Analisis miskin tegar atau B40 ini bukan hanya pada penghujung sahaja atau menurut pendapatan minimum iaitu RM1,900 tetapi ia juga bergantung kepada cut-off merangkumi jumlah populasi, kerancakan pembangunan dan kos sara hidup di sesebuah negeri.

“Sebagai contoh analisis negeri, Perlis hanya mempunyai 240,000 penduduk dengan 20,000 jumlah golongan B40 namun ini tidak bermakna mereka merupakan negeri terkaya di Malaysia,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bilik Media, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Isnin.

Jelasnya, mereka yang tidak mahir dan mempunyai pengetahuan mengenai faktor sampingan itu akan cenderung terus memikirkan Perak tersenarai sebagai negeri yang teruk dari segi kemiskinan tegar.

Jelasnya, jika dibandingkan dari segi potongan cut-off, Perak sebenarnya mempunyai kedudukan B40 yang lebih baik daripada Pahang, Kedah serta Kelantan secara keseluruhan.

“Saya perlu memperbetulkan perkara ini kerana ianya diulang berkali-kali tanpa pemeriksaan fakta yang betul dan akan memberi gambaran buruk kepada rakyat mengenai kerajaan negeri.

“Jika saya tak menjelaskan kesemua permainan politik ini rakyat, akan percaya bahawa kita sememangnya negeri yang miskin dan ini akan menjejaskan keyakinan mereka,” katanya lagi.


31 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page