top of page
muinsapidin

83 Pegawai Pemantau Harga KPDNKK Digerakkan

IPOH - Seramai 83 Pegawai Pemantau Harga (PPH) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Kepenggunaan (KPDNKK) telah digerakkan seluruh Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, pegawai berkenaan dipertanggungjawabkan untuk membuat pemantauan dan kutipan data harga yang meliputi 5,000 barangan dari 58 buah pasaraya dan 94 pasaraya besar.

Menurut beliau, dari aspek penguatkuasaan dan perundangan pula, KPDNKK akan terus melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi dan menyeluruh ke atas semua barangan melalui OPS Catut.

“OPS Catut yang bermula 1 April 2015 sehingga hari ini, sebanyak 195,250 berjaya menghasilkan 1,056 kes sepanjang tempoh ini. Nilai rampasan berjumlah RM689,551 dan kompaun bernilai RM193,200 telah dikutip,” katanya ketika menggulung perbahasan usul titah diraja pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menyentuh isu dibangkitkan Datuk Rashidi Ibrahim (BN - Pasir Panjang) yang memohon kerajaan negeri meningkatkan pemantauan harga barangan memandangkan kos sara hidup semasa yang tinggi.

Tambah beliau lagi, KPNDKK juga mempunyai saluran untuk pengguna bagi mengemukakan aduan mengenai penipuan harga di bawah akta yang berkaitan.

Jelasnya, jumlah keseluruhan aduan di negeri ini telah diterima sejak Januari hingga 14 April 2016 adalah sebanyak 154 aduan dengan 128 dari jumlah keseluruhannya telah diselesaikan manakala baki sebanyak 28 aduan masih dalam siasatan.


94 views0 comments
bottom of page