IPOH – Sebanyak 16 projek telah dikenalpasti setakat ini untuk pembangunan di kawasan 1 Malaysia Youth City (1MYC) yang terletak di dalam Daerah Muallim.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, daripada jumlah itu, lima adalah projek swasta, enam projek kerajaan dan lima lagi kerjasama awam swasta.
Menurut beliau, lima projek swasta ialah sarang art hub, go kart circuit, embio lake di Proton City, camp site dan extreme park serta pembangunan bercampur oleh KL Kepong Bhd manakala enam projek kerajaan ialah arena squre, pembangunan transit home, town park, town square, pengindahan Sungai Bernam, one master upskilling centre.
Beliau menambah, lima projek kerjasama awam swasta, street art, pembangunan youth central, one map enterprenourship hub, mini sports complex dan pembangunan rumah mampu milik.
“Dengan pemantauan yang kerap daripada kerajaan negeri dan Persekutuan, melalui National Blue Ocean Strategy yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri, kita berharap pembangunan 1MYC dan daerah muallim ini akan dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN – Slim) di persidangan DUN Perak pada Isnin.
Menurut Shahrul, 1MYC adalah pembangunan mesra belia dengan sistem pembangunan yang berintergriti bagi membolehkan belia meningkatkan keupayaan dalam pekerjaan dan keusahawanan di samping menikmati perumahan dan infrasturktur termasuk rumah transit.
Beliau memberitahu, 1MYC terdiri daripada Sembilan komponena utama iaitu, pembangunan ekonomi utama dan pengujudan peluang pekerjaan; keusahawan; industri kreatif; pelancongan; perumahan mampu milik; institusi kemahiran; sukan dan rekreasi; program kesukarelawan belia dan program belia
Menjawab soalan tambahan wakil yang sama mengenai cadangan pembangunan di kawasan Jalan Maktab, Tanjung Malim, pada 2006 yang antara komponen pentingnya ialah panggung wayang, gelanggang boling, pusat membeli belah, hotel dan dewan sukan yang masih tertangguh, Shahrul berkata, pada masa ini projek itu sedang dijalankan proses pembatalan warta oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
Seterusnya, kata beliau, syarikat yang akan bekerjasama Majlis Daerah Tanjung Malim akan mengisi boring 5A sebelum memuktamatkan perjanjian dengan pihak majlis kerana ia adalah sebahagian daripada proses projek penswstaan pihak berkuasa tempatan itu.
Shahrul turut menyambut baik cadangan Khusairi supaya kawasan 1MYC diperluaskan ke pecan-pekan kecil lain seperti Slim River, Behrang 2020 dan Behrang Stesen yang masih mempunyai kawasan untuk perumahan.