top of page
muinsapidin

TPM saksi kerjasama PKNP dan KRU bangunkan industri kreatif

IPOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan pertukaran dokumen persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan syarikat produksi KRU Malaysia Sdn Bhd bagi melatih anak muda tempatan dalam pembangunan industri kreatif.

MoU itu diadakan bersempena dengan perasmian Outreach Unit Dana Bumiputera @ Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada Ahad.

Pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Perak, Datuk Aminuddin Muhammad Desa telah bertukar-tukar dokumen dengan Presiden Eksekutif KRU Malaysia Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim.

Turut menyaksikannya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Melalui kerjasama ini Kumpulan PKNP bersetuju untuk menyewakan studio dan peralatan yang terdapat di bangunan Perak Innovation and Creative Resources Center (PINCER) selama tiga tahun bermula Jun 2016.

Sementara itu menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) PKNP, Sayed Shariffuddin Sayed Shamshuddin, sasaran pihak PKNP agar KRU akan dapat melatih 300 animator di negeri Perak untuk tempoh tersebut.

"PKNP akan melabur RM3.3 juta untuk kos menaiktaraf kos peralatan dan membaikpulih studio di PINCER untuk dijadikan sebagai Studio Kandungan Kreatif,’’ katanya.

Beliau berkata, ini umpama `KRU Balik Kampung’ kerana mereka adalah anak-anak Perak dan akan menyokong aktiviti kerajaan negeri Perak bagi menggalakkan peluang pelaburan serta meningkatkan industri pelancongan termasuklah sokongan promosi bagi Movie Animation Park Studios (MAPS).

Norman pula berkata, ia merupakan usaha KRU bagi menyokong kerajaan Perak membangunkan industry kreatif dan pelancongan khususnya melalui kursus latihan dan peluang perniagaan bagi usahawan b aharu.

"Pihak kami akan membawa peralatan bernilai RM10 juta selain menerbitkan projek-projek bernilai RM30 juta di KRU Animation HQ Bandar Meru Raya Ipoh.

"Kami amat berterima kasih kepada kerajaan negeri Perak khususnya PKNP dengan peluang jalinan kerjasama ini,’’ katanya.


65 views0 comments
bottom of page