IPOH - Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Kesejahteraan Bandar) KPKT, Datuk Halim Abd Manaf dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri bersantai bersama 1,000 pengunjung Night Picnic@Town sempena MURAL 2016 di Dataran Bandaraya Ipoh pada Jumaat malam.
Pelbagai program diadakan di sepanjang acara tersebut seperti solat Magrib & Isyak berjemaah, qasidah dan persembahan nasyid.
Program selama 3 hari bermula hari ini dianjurkan oleh KPKT, kerajaan negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Pelbagai acara diadakan di sepanjang MURAL 2016 seperti pameran, jualan dan persembahan.
Majlis Pelancaran MURAL 2016 akan diadakan pada 17 April 2016 oleh YAB Menteri Besar Perak dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan pada Ahad.