top of page
muinsapidin

Dua Beranak Ditahan Curi Nescafe

KAMPAR - Seorang Ibu dan anak perempuannya ditahan selepas dikatakan mencuri 17 bungkus Nescafe dari sebuah pasaraya dekat dekat sini, pada Jumaat.

Ibu berusia 56 tahun bersama anak perempuannya berusia 22 tahun yang merupakan penuntut IPTA itu ditahan selepas menyerahkan diri di balai polis Kampar bersama barang yang dicuri.

Gambar Hiasan

Dua beranak berkenaan sebelum itu telah dihubungi oleh pihak polis untuk berbuat demikian selepas kegiatan mencuri mereka direkod oleh CCTV pasaraya berkenaan.

"Selepas mendapat laporan dari pekerja pasaraya itu, pemeriksaan CCTV mendapati kedu-dua saspek dilihat mengambil bungkusan Nescafe dan meninggalkan pasaraya menaiki kenderaan model Perodua Kelisa.

"Suspek dikesan melalui nombor pendaftaran kereta dan polis telah menghubungi saspek supaya datang ke balai polis, mereka datang menyerahkan diri bersama suami," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh polis Kampar pada Sabtu.

Menurutnya, ibu suspek membuat pengakuan melakukan jenayah curi tersebut kerana tidak cukup wang untuk menampung belanja harian anak perempuannya yang sedang menuntut di sebuah IPTA dekat Shah Alam.

Kedua-dua suspek yang berasal daripada Kampung Jawi, Pulau Pinang itu melakukan jenayah tersebut ketika dalam perjalanan dari ke rumah ahli keluarganya di Lumut.

"Mereka akan direman dibawah seksyen 117 KPJ di Mahkamah Majistret Ipoh pada 16 April 2016 dan kertas siasatan akan dibuka dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," ujarnya.


9 views0 comments
bottom of page