top of page
muinsapidin

Projek Lebuhraya Buka Peluang Baru Sektor Pelancongan

IPOH - Projek pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WEC) yang bermula 25 Ogos 2014 dijangka membuka peluang baharu pelbagai sektor termasuk pelancongan, apabila siap dalam tempoh masa lima tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, status terkini projek itu di Perak melibatkan kerja-kerja pembersihan tapak dan kerja tanah telah dijalankan bagi seksyen antara Hutan Melintang ke Teluk Intan serta dari Kampung Lekir ke Changkat Cermin.

Di samping itu, kata beliau, proses pengambilan tanah sedang giat dijalankan bagi seksyen dari Changkat Cermin ke Taiping.

“Bagi Daerah Hilir Perak, pembinaan WEC yang melibatkan persimpangan Hutan Melintang ke Teluk Intan sepanjang 18.5 kilometer pastinya pembinaan ini memberi faedah besar kepada penduduk daerah Hilir Perak,” katanya semasaa menjawab soalan lisan Datuk Mohd Azhar Jamaluddin (BN-Changkat Jong) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri di Ipoh pada Jumaat.

Menurut Zainol, proses pembinaan tersebut dijangka meningkat peluang pekerjaan di kalangan penduduk setempat sama ada pekerja mahir mahu pekerja separuh mahir.

“Apabila projek ini siap, ia akan membuka peluang pekerjaan dalam sektor penyelenggaraan, perniagaan dan kawasan rehat dan rawat di Teluk Intan,” ujarnya.

Beliau berkata, projek itu juga akan meningkatkan nilai hartanah sepanjang jajaran, sekaligus menjadi pemangkin untuk merancakkan sosioekonomi penduduk setempat memandang jarak perjalanan kawasan selatan dan utara dapat dipendekkan.

Katanya, pembinaan lebuhraya itu juga berjaya memendekkan jarak perjalanan dan akan menjadi jalan alternatif daripada lebuhraya PLUS, di samping mampu menggelakkan kesesakan trafik di lebuh raya PLUS, terutamanya pada musim perayaan.

Zainol berkata, berdasarkan laporan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), syarikat konsesi akan menaik taraf simpang tiga kepada persimpangan bertingkat menuju ke jambatan Sultan Yusoff yang dikenali sebagai Teluk Intan Interchange.

Katanya, ia termasuk dalam jajaran seksyen lapan dari Hutan Melintang Interchange ke Teluk Intan Interchange sepanjang 18.5 kilometer untuk kerja menaiktaraf dan pelebaran jalan masuk daripada Teluk Intan melalui jalan Maharajalela.


68 views0 comments
bottom of page