top of page
muinsapidin

Perak Kerjasama Bangunkan Lombong Produk Pelancongan

IPOH – Kerajaan negeri bersediakan bekerjasama dengan pihak swasta untuk menjadikan lombong di negeri ini sebagai salah satu tempat tarikan pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kerjasama itu telah direalisasikan di beberapa tempat.

Beliau memberi contoh, kerajaan negeri telah mempromosikan lombong Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd di Kelian Intan, Pengkalan Hulu yang menyediakan ruang pameran bagi menunjukkan proses perlombongan kepada pelancong.

“Di bawah Perbadanan Menteri Besar juga, mereka sedang menaik taraf Kapal Korek TT5 dan kawasan lombong untuk dijadikan bukan sahaja tapak warisan, tetapi sebagai produk pelancongan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul titah diraja pada Jumaat.

Nolee memberitahu, sempena sambutan ulangtahun ASEAN ke – 50 tahun hadapan, program Visit ASEAN @ 50 telah dilancarkan yang antara lain untuk mempromsikan ASEAN sebagai satu destinasi.

Oleh itu, kata beliau, Perak juga tidak ketinggalan untuk menonjolkan negeri ini sebagai destinasi utama ataupun wajib untuk program Visit ASEAN bagi negara Malaysia.

“Pelaksanaan Tahun Melawat Perak 2017 juga adalah selari dengan strategi kerajaan negeri mengikut Pelan Strategik Pelancongan Perak 2016 – 2020,” ujarnya.

Menurut Nolee, pelaksanaan TMP 2017 akan berdasarkan kepada lima teras yang telah dikenalpasti di dalam Pelan Strategik Pelancongan Perak 2016 – 2020.

Beliau memberitahu, teras-teras itu ialah pembangunan produk; penganjuran acara; pemasaran & promosi; pembangunan sumber manusia dan pengurusan & pelaksanaan.


13 views0 comments
bottom of page