Jabatan Audit Negara mempunyai hak untuk melakukan proses audit terhadap Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) walaupun syarikat itu tidak tertakluk kepada mana-mana enakmen yang mewajibkan ia membentangkan laporan kewangannya kepada ahli Dewan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata MB Inc merupakan syarikat yang ditubuhkan dibawah enakmen pemerbadanan dan agensi sama wujud di Selangor dan Pulau Pinang yang bertanggungjawab menjalankan
Katanya justeru tidak timbul isu pengurusan kewangan dan aktiviti MB Inc tidak diuruskan secara telus sepertimana yang didakwa wakil rakyat pembangkang.
“Dalam konteks Perak, MB Inc berfungsi sebagai satu agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan aset dan mineral.
"Saya ambil contoh...dulu mereka sering bangkitkan isu ketirisan serius dalam sumber-sumber pasir di negeri ini dan bertanya kenapa kerajaan negeri tidak lakukan sesuatu supaya duit ini dapat kita gunakan untuk rakyat.
"Maka kita ‘hidupkan’ kembali MB Inc dan hanya dalam tempoh dua tahun kerajaan negeri sudah berjaya memperolehi hasil berganda daripada aktiviti pasir,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar sidang Dewan pada hari keempat persidangan hari ini.
Dr Zambry berkata sejak pembangunan sumber mineral diuruskan MB Inc, kutipan royalti daripada aktiviti sumber mineral juga meningkat 106 peratus dengan RM13.9 juta kutipan berbanding hanya RM6.7 juta sebelum ini.
“Mereka (pembangkang) sering menyerang MB Inc atas dasar kebencian tersirat terhadap MB Inc. Agensi sama juga wujud di Selangor dan Pulau Pinang di bawah enakmen sama. Mereka juga tidak wajib bentang laporan kewangan di Dewan. Kenapa mereka tidak serang?,” katanya.
ADUN Kepayang, Nga Kor Ming (DAP) sejak hari pertama persidangan telah membangkitkan isu-isu berkaitan MB Inc termasuk menuntut supaya laporan kewangan MB Inc dibentangkan di Dewan.
Beliau mendakwa kegagalan berbuat demikian bermaksud syarikat tidak mengamalkan sikap telus dalam pengurusannya.
Attachments area