top of page
muinsapidin

DAP Perlu Ambil Tindakan Terhadap P Ramasamy

SHAH ALAM – Permohonan maaf terbuka tidak memadai, malah DAP perlu mengambil tindakan disiplin terhadap Dr P Ramasamy dengan menggugurkan jawatannya daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berkata, sikap yang ditunjukkan Ramasamy tidak menunjukkan keterbukaan pentadbiran negeri itu kerana terus bersikap angkuh dan bermain politik.

Dr Maszlee Malik

“Walaupun telah menarik balik semula kenyataan ‘Satan’ di akaun Facebooknya, namun beliau tidak pula meminta maaf di atas perbuatannya. Sikapnya tidak profesional dan tidak matang, selaku timbalan ketua menteri II Pulau Pinang.

“Beliau sewajarnya dikenakan tindakan disiplin oleh partinya DAP dan wajar digesa melepaskan jawatannya. Saya yakin DAP mempunyai ramai lagi calon lain yang lebih berwibawa dan profesional berbanding Ramasamy,” katanya.

Selasa lalu, Ramasamy mengakui ada menulis perkataan ‘Satan’ di status Facebooknya yang merujuk kepada pendakwah dari India itu.

Ramasamy dalam kenyataannya berkata, beliau kesal dengan tindakannya itu sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya umat Islam di negara ini.

Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa itu menjadi kontroversi apabila penganjur, Yayasan Pusat Hidayah memilih tajuk ‘Persamaan antara Hindu dan Islam’ sebagai topik utama syarahan agama di Universiti Teknikal Melaka, Melaka.


8 views0 comments
bottom of page