top of page
muinsapidin

Super KIP Ikon Belia Perak

IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Khairul Idham Pawi yang lebih dikenali Super KIP, sebagai seorang lagi Ikon Belia Negeri Perak.

Beliau membuat pengumuman itu selepas majlis penyerahan mock cek bernilai RM100,000 kepada remaja berusia 17 tahun itu di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Khamis.

Menurut Dr Zambry, tahun lepas, beliau mengumumkan Khairil Aslan Abd Rasid, sebagai Ikon Belia Negeri Perak selepas kejayaan Ekspedisi Solo 3 Puncak Dunia (Himalaya, Kathmandu - Nepal Mera Peak - Island Peak - Lobuche East Peak).

Selain menerima sumbangan RM100,000 daripada kerajaan negeri, Khairul turut menerima sumbangan RM5,000 daripada Yayasan Perak yang disampaikan oleh Pengurus Besarnya, Abdul Razak Mohamed.

Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusof yang turut hadir pada majlis yang sama mengumumkan tambahan RM10,000 sekiranya anak jati Kampung Gajah itu muncul juara dalam perlumbaan akan datang.

Super KIP melakar sejarah buat Malaysia, baru-baru ini selepas memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina.

​Dia yang mewakili Honda Asia Team muncul pelumba pertama negara menaiki podiumi kejuaraan motosikal dunia selepas mendominasi saingan perlumbaan itu.


19 views0 comments
bottom of page