top of page
muinsapidin

Pemilihan Dewan Belia Ikut Dasar Belia Negara

IPOH - Pemilihan 60 orang perwakilan Dewan Belia Perak berdasarkan lapan kumpulan sasaran Dasar Belia Negara dan bukan mengikut kawasan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, bagaimanapun, jawatankuasa pemilihan telah memastikan setiap daerah diwakili oleh sekurang-kurangnya seorang wakil.

“Syarat-syarat asas pemilihan ini telah mencakupi semua kumpulan belia yang ada di seluruh Perak dan tiada kumpulan belia yang tertinggal mahupun terpinggir,” katanya ketika menjawab soalan lisan dari S. Kesavan (PKR-Hutan Melintang) pada Sidang DUN ke-13 di Ipoh pada Khamis.

Mengulas lebih lanjut, Shahrul memberitahu, lapan dasar berkenaan adalah Belia Bersekolah, Belia Pengajian Tinggi, Belia Berkerjaya, Perkumpulan Belia, Belia Massa, Belia Malaysia Antarabangsa, Belia Minoriti & Golongan Terpinggir dan Belia Berisiko.

Tambah beliau, pengwujudannya adalah untuk melatih dan mengasah bakat kepimpinan pada masa hadapan sebagai pelapis kepimpinan dan mempertingkatkan keberkesanan membaut keputusan berkaitan permasalahan belia.

“Mengenai peruntukkannya pula, Dewan Belia Perak ini merupakan insiatif di bawah Majlis Perundingan Pemimpin Muda Perak Amanjaya dan sebanyak RM1 juta diperuntukkan setiap tahun untuk tujuan berkenaan.

“Bagi jumlah persidangannya, ia akan dibuat setahun sekali tetapi sudah tentu ojektif kita adalah untuk mengadakan persidangan itu sekurang-kurangnya dua kali setahun,” ujarnya.


12 views0 comments
bottom of page