top of page
muinsapidin

Kutipan Hasil Kerajaan Meningkat 8.28 Peratus Sehingga Mac

IPOH: Meskipun berdepan dengan keadaan ekonomi tidak menentu, kutipan hasil kerajaan negeri mencatatkan peningkat sebanyak 8.28 peratus tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata peningkatan itu adalah bagi tiga suku pertama tahun ini sehingga Mac berbanding kutipan hasil yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata walaupun angka itu tidak konklusif, ianya masih boleh dijadikan indikator untuk menentukan sama ada hasil negeri meningkat.

“Walaubagaimanapun ini hanya merupakan satu indikator awal, yang menunjukkan bahawa dari segi pulangan hasil kepada negeri terdapat peningkatan. Jika trend ini berterusan bermakna sekali lagi kita akan dapat memperolehi hasil pendapatan negeri yang baik,’’ katanya.

Katanya kerajaan negeri mengharapkan usaha berterusan dari semua pihak dalam memastikan peningkatan kutipan hasil.

Beliau menjawab soalan Datuk Rashidi Ibrahim (BN-Pasir Panjang) pada persidangan Dewan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada hari ketiga persidangan Khamis.

Menteri Besar mengulangi sekalipun keadaan ekonomi tidak menentu pihak kerajaan negeri telah berjaya mencapai surplus sebanyak RM7.59 juta bagi bajet 2015 berbanding dengan anggaran deficit sebanyakRM50.063 juta.

Katanya, pencapaian ini adalah hasil dari kesan timbal balik peningkatan hasil dan juga penjimatan perbelanjaan.

Justeru, katanya, sehingga kini kerajaan negeri mendapati tiada keperluan untuk membuat pengubahsuaian bajet 2016.

Katanya, hal ini disebabkan hasil utama kerajaan negeri tidak bergantung kepada hasil minyak.

“Kerajaan negeri mengharapkan usaha berterusan dari semua pihak dalam memastikan peningkatan kutipan hasil,’’ katanya.


7 views0 comments
bottom of page