top of page
muinsapidin

KKTM Selama Siap 2019

IPOH - Projek pembinaan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Selama yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, surat pelawaan tender telah dikeluarkan pada 21 Mac tahun ini manakala milik tapak projek dan persiapan akan bermula pada 21 September.

Bagaimananapun, kata beliau, perancangan ke atas institusi yang berteraskan jurusan automotif itu memerlukan pindaan semula berikutan pengesahan lanjutan senarai kontraktor belum lagi diputuskan sepenuhnya daripada Kementerian Kewangan (MOF).

“Setakat ini kapasiti cadangan adalah seramai 1,320 pelajar iaitu 1,100 pelajar dalam kampus manakala 220 pelajar lagi mengikuti Latihan Industri.

“Selain itu, kita turut menawarkan enam kursus di peringkat Diploma Kejuruteraan Automotif dalam bidang Hybrid, Elektrik, Autotronik, Komersial, Pemeriksaan dan Kualiti Dan Sport/Cruise Bike,” ?okatanya ketika menjawab soalan lisan daripada ADUN Selama ( BN), Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff di hari ketiga Mesyuarat Persidangan Dewan Negeri ke-13 pada Khamis.

Mengenai penghijrahan keluar belia Larut untuk menuntut ilmu atau mencari pekerjaan, Dr Amin berkata, tawaran kemasukan bagi sesebuah institusi pengajian tinggi adalah bersifat terbuka dan tidak mempunyai sebarang kuota khas bagi mereka yang berasal dari Larut sahaja.

“Jika kita ingin memastikan bahawa belia kita di Larut memasuki institusi kolej kemahiran seperti Giatmara dan sebagainya, maka kita harus memastikan bahawa mereka menepati kelayakan dan syarat kemasukan mana-mana pusat pengajian,” ujarnya.


97 views0 comments
bottom of page