top of page
muinsapidin

Kemarau: Perak Laksana 9 Pelan Kontigensi

IPOH – Lembaga Air Perak (LAP) telah menyediakan sembilan pelan kontigensi bagi menghadapi masalah bekalan air ketika musim kemarau sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, selain itu, dua empangan utama di negeri ini - Empangan Sultan Azlan Shah dan Empangan Air Kuning masih mampu bertahan sehingga 74 hari dan 51 hari walaupun tiada hujan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan bimbang kerana setakat ini tiada catuan yang akan dilakukan.

Bercakap dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis, Zainol memberitahu, sembilan pelan itu ialah :-

- Membuat pemantauan rapai terhadap sumber air seperti empangan dan sungai.

- Bekerjasama dengan TNB untuk menyelaras pelepasan air empangan di Sungai Perak dan Sungai Batang Padang.

- Meningkatkan pengeluaran dari Loji Rawatan Air (LRA) yang memerlukan lebihan kapasiti pengeluaran.

- Pengezonan semula kawasan bekalan melalui pengubahsuaian sistem agihan.

- Mengawal tekanan pada sistem agihan.

- Menyediakan loji tangki untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas.

- Membuat hebahan kepada pengguna untuk menjimatkan penggunaan air.

- Menyediakan tangki static di kawasan-kawasan yang mengalami masalah air, jika perlu.

- Bagi kawasan Taiping, pengeluaran LRA Gunung Semanggol dan LRA Air Terjun telah

ditingkatkan untuk menampung kekurangan pengeluaran dari LRA Taiping Headwork.

Zainol bagaimanapun mengakui bahawa kira-kira 5,000 hektar sawah padi di Kerian akan terkesan daripada masalah yang dihadapi sekarang kerana lewat menerima bekalan air.

Menurut beliau, mengikut jadual asal, bekalan air ke kawasan sawah padi itu akan disalurkan pada 10 April lalu tetapi terpaksa ditunda pada 20 April depan.

“Setakat ini paras air adalah pada tahap 21 kaki dan jika terus merosot kepada 20 kaki, kita terpaksa tangguhkan lagi kerana kita mengutamakan bekalan air untuk kegunaan harian,” ujarnya.


13 views0 comments
bottom of page